Khamis, 20 Oktober 2011

Highland Tower Hari Ini 20 Oktober 2011

Assalamualaikum Warahamtullahi Ta'alla Wa Barakatu..


Apa khabar kalian semua?? moga-moga kita di dalam keadaan sihat di mana anugerah yang amat bernilai ini dapat kita manfaatkan dengan sebaik mungkin Insya-Allah. kali ini aku ingin menceritkan pengalaman aku pada hari ini iaitu 20 Oktober 2011 dimana aku dan rakanku bernama Shazwan ingin membuat "lawatan rasmi" ke kawasan Highland Tower di Ulu Kelang.apa sebabnya kami ingin ke sana?? tentunya ingin melihat bangunan itu dri dekat,sebelum ini pun aku ada juga ke sana tapi kali ini aku bawak pula wan ke sana, dia pun nk sangat tengok dri jarak dekat bangunan Highland Tower itu..jdi kami dh plan nk ke sana pun,sebelum ke sana pun aku ada kelas,dh tu pula ada quiz.lepas dh habis jawab tu aku keluar dri kelas.lepas tu aku telefon wan,aku tanya la kt dia

Aku : "salam wan mcm mana plan kita nk pgi Highland Tower jdi tak?"
Wan : " Jadi2x"
Aku : "ok pukul satu kita gerak"
Wan :"Oriat"

sebelum kami bertolak ke sana,kami singgah dlu kt giant batu caves makan tengah hari jap,lepas makan tu kami pun bergerak la ke Highland Tower dengan membawa kereta kesayangan aku dimana aku memandunya..di dalam perjalanan itu niat kami mahu melihat bangunan itu dan berdoa agar tidak ada apa yang akan berlaku kelak..Alhamdulilah kami pergi dengan selamat balik pun dengan selamat..


Inilah gambar yg sempat aku tangkap dalam kereta..tapi sebab pokok ini menghalang,jdi tak nampak la full la wajah blok C Highland Tower.

Sebelum itu,kami hanya mengambil gambar di dalam kereta saja,tapi lepas tu aku ajak wan balik,sebab hati aku tak berapa sedap,Wan pula nk turun ambil gambar rumah banglo yang berdekatan dengan Highland Tower,jdi aku pn turun la sekali ikut wan,mulanya wan nk masuk,aku tak bagi jadi kami pun bergerak la.entah mcm mana lepas tu kami berpatah balik semula ke Highland Tower. tup-tup nampak pula ada kereta Perodua Myvi putih berhenti di hadapan rumah banglo lama itu, turun la 2,3 atau 4 orang mcm tu..lepas tu aku tanya wan nk join ke tak? wan ckp ok jer..so aku pn terus la ke sana dengan wan.tanya diaorang nk ke sana juga ke? diaorang pun jawab yea,diaorang pun niat sama mcm kami nk tengok bangunan Highland Tower,sebelum tu aku,wan dengan budak2x tu kami masuk banglo lama tu tengok didalamnya mcm mana.banglo tu cantik,tapi di sebabkan pemilik rumah berkenaan membiarkan banglo tu begitu sahaja dan kosong,maka banglo tu menjadi sebuah markas "mural" habis semua dicontengnya dinding-dinding setiap rumah banglo itu,lepas dh tengok rumah banglo tu aku,wan dengan budak2x tu kami menuju ke Highland Tower mmg semak kawasan tu tambahan pula kalau waktu malam,mmg tak nampak la..apa-apa pun ada gambar yang semapt aku tangkap,jdi kalian boleh la tengok..



          Pemandangan dri dekat Bangunan Highland Tower Blok B.

Rabu, 19 Oktober 2011

Highland Tower Ulu Kelang 18 Tahun Lalu

Assalamulaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatu.

Pertama sekali aku nk ucapkan selamat datang ke blogku yang tidak seberapa canggih seperti blog-blog lain.namun aku juga ingin mempunyai sebuah blog,dimana disini setiap coreten hidupkan akan aku tulis disini sebagai bahan luahan perasaan aku.tapi tanpa buang masa dan ketikanya aku ingin berbicara dengan kalian mengenai sebuah kisah yang pernah menyedihkan seluruh negara suatu ketika dahulu,kalian pernah tak pasal Highland Tower?? ada org tanya kpdku apa itu Highland Tower?? Jawapannya ialah Highland Tower merupakan sebuah pangsapuri 12 tingkat yang terletak di atas bukit di Ulu Kelang Selangor telah runtuh pada 11 Disember 1993,Jam 1.35 petang.ada juga cerita mengatakan bahawa waktu Pangsapuri Blok A itu runtuh menyembah bumi waktu itu adalah waktu azan solat zohor.dan media massa pada ketika itu telah melaporkan bahawa jumlah rasmi mangsa runtuhan adalah 48 0rang,2 terselamat. tetapi jumlah sebenarnya ialah lebih daripada itu kerana kita tidak mengetahui berapa ramai orangkah dalam pangsapuri itu semasa ianya roboh.






Pangsapuri Highland Tower roboh menyembah bumi mengikut arah kiblat?? kenapa?? tidak percaya??.tapi ini adalah cerita benar. pelbagai kejadian misteri dan seram telah berlaku di Highland Tower selepas runtuhnya bangunan itu, dan selepas runtuhnya bangunan itu,kedua-dua blok iaitu Blok B dan Blok C ditinggalkan oleh penghuni kerana disahkan tidak selamat diduduki sekarang ini kedua-dua blok berkenaan terbiar disamping "ditemani" oleh pokok-pokok besar dan sebagainya.pakar geologi meramalkan bahawa kedua-dua blok berkenaan akan runtuh tetapi masa akan menentukannya,kita tidak tahu.

Sedih hatiku apabila melihat bangunan Highland Tower apa melalui MRR2,Sedih mengenagkan mangsa-mangsa yang terperangkap dibawah runtuhan,sedih mengenagkan banguan yg dahulunya merupakan pangsapuri mewah yang berkonsepkan "Kampung Menegak". kini hanya tinggal usang dan kosong.

Runtuhnya Highland Tower adalah disebabkan pergerakan aliaran air dalam tanah,tambahan pula Hujan lebat selama 10 hari berturut-turut,telah menyebabkan air hujan mula menyerap air di dalam tanah,dan kelemahan tembok yang tidak kukuh turut menyumbang kepada tragedi malang ini,punca utama yang aku dapat kesan runtuhnya Highland Tower adalah disebabkan tiada pembinaan longkang besar di mana longkang tersebut boleh mengalirkan air terus ke sungai.

Highland Tower kini hanya tinggal kenangan dan sejarah,kawasan pangsapuri mewah yang dahulu dikenali ramai disekitar Ulu Kelang dan Ampang ini kini hanya "bertemakan" bangunan usang dan buruk.kini kawasan di Highland Tower hanya tinggal sepi,sunyi yang teramat..

Sekian

Wasalam.

Biodata Seorang Lelaki





Nama : Mohammad Nur Hafiz Bin Ahmad Tajuddin
Umur  : 21 Tahun
Tarikh Lahir : 8 Disember 1990
Asal : Ipoh,Perak
Pendidikan : SMK Mahsuri Langkawi,Kedah (2003-2007)
International Islamic College (Dip Information Technology) (2008-Sekarang)
Pekerjaan : Part Time Business (BSY Malaysia) (2011-Sekarang)


Tiada ada apa yang menarik tentang diriku,aku hanya hamba Allah yang diciptakan untuk beribadah kepada-Nya,disamping itu sebagai hamba-Nya aku dapat menikmati hidup yang dianugerahkan Allah..Alhamdulilah syukur nikmat =)