Rabu, 19 Oktober 2011

Highland Tower Ulu Kelang 18 Tahun Lalu

Assalamulaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatu.

Pertama sekali aku nk ucapkan selamat datang ke blogku yang tidak seberapa canggih seperti blog-blog lain.namun aku juga ingin mempunyai sebuah blog,dimana disini setiap coreten hidupkan akan aku tulis disini sebagai bahan luahan perasaan aku.tapi tanpa buang masa dan ketikanya aku ingin berbicara dengan kalian mengenai sebuah kisah yang pernah menyedihkan seluruh negara suatu ketika dahulu,kalian pernah tak pasal Highland Tower?? ada org tanya kpdku apa itu Highland Tower?? Jawapannya ialah Highland Tower merupakan sebuah pangsapuri 12 tingkat yang terletak di atas bukit di Ulu Kelang Selangor telah runtuh pada 11 Disember 1993,Jam 1.35 petang.ada juga cerita mengatakan bahawa waktu Pangsapuri Blok A itu runtuh menyembah bumi waktu itu adalah waktu azan solat zohor.dan media massa pada ketika itu telah melaporkan bahawa jumlah rasmi mangsa runtuhan adalah 48 0rang,2 terselamat. tetapi jumlah sebenarnya ialah lebih daripada itu kerana kita tidak mengetahui berapa ramai orangkah dalam pangsapuri itu semasa ianya roboh.






Pangsapuri Highland Tower roboh menyembah bumi mengikut arah kiblat?? kenapa?? tidak percaya??.tapi ini adalah cerita benar. pelbagai kejadian misteri dan seram telah berlaku di Highland Tower selepas runtuhnya bangunan itu, dan selepas runtuhnya bangunan itu,kedua-dua blok iaitu Blok B dan Blok C ditinggalkan oleh penghuni kerana disahkan tidak selamat diduduki sekarang ini kedua-dua blok berkenaan terbiar disamping "ditemani" oleh pokok-pokok besar dan sebagainya.pakar geologi meramalkan bahawa kedua-dua blok berkenaan akan runtuh tetapi masa akan menentukannya,kita tidak tahu.

Sedih hatiku apabila melihat bangunan Highland Tower apa melalui MRR2,Sedih mengenagkan mangsa-mangsa yang terperangkap dibawah runtuhan,sedih mengenagkan banguan yg dahulunya merupakan pangsapuri mewah yang berkonsepkan "Kampung Menegak". kini hanya tinggal usang dan kosong.

Runtuhnya Highland Tower adalah disebabkan pergerakan aliaran air dalam tanah,tambahan pula Hujan lebat selama 10 hari berturut-turut,telah menyebabkan air hujan mula menyerap air di dalam tanah,dan kelemahan tembok yang tidak kukuh turut menyumbang kepada tragedi malang ini,punca utama yang aku dapat kesan runtuhnya Highland Tower adalah disebabkan tiada pembinaan longkang besar di mana longkang tersebut boleh mengalirkan air terus ke sungai.

Highland Tower kini hanya tinggal kenangan dan sejarah,kawasan pangsapuri mewah yang dahulu dikenali ramai disekitar Ulu Kelang dan Ampang ini kini hanya "bertemakan" bangunan usang dan buruk.kini kawasan di Highland Tower hanya tinggal sepi,sunyi yang teramat..

Sekian

Wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan